Panduan Memilih Baju Melayu Elrah Exclusive

baju melayu

Baju Melayu Elrah Exclusive mendapat permintaan yang tinggi dan antara brand yang terkenal sewaktu hari raya. Jenama ini juga semakin gah apabila buat pertama kalinya mencipta sejarah tersendiri dengan menghiasi papan iklan elektronik gergasi di dinding menara bangunan TSLaw.

Bukan sahaja dari segi pemasaran, Elrah Exclusive sememangnya terkenal dengan kualiti dan fesyen baju Melayu yang menarik minat lelaki untuk membelinya kerana kualiti dan jahitan yang kemas.

Koleksi Baju Melayu Elrah Exclusive masih mengekalkan adat dan tradisi dengan penekanan kepada gaya yang minimalist, kemas dan moden. Jom ikuti artikel ini untuk tahu lebih lanjut panduan memilih baju melayu pada hari raya.

panduan memilih baju melayu baju melayu 04

Pakaian tradisional orang Melayu ini direka bertujuan melambangkan identiti bangsa. Pasti ada yang tertanya-tanya, berapa jenis Baju Melayu yang ada di Malaysia kan?

Di Malaysia terkenal dengan tiga jenis Baju Melayu yang sering menjadi pilihan popular kaum lelaki terutamanya ketika musim perayaan. Antaranya,

1. Baju Melayu Cekak Musang

Dinamakan Cekak Musang kerana kolar lehernya yang tinggi dan ‘mencekak’ tengkuk. Biasanya terdapat lima butang pada Baju Melayu Cekak Musang: dua di bahagian leher, dan tiga di bawahnya. Butang lima pada baju merujuk kepada lima Rukun Islam.

Baju Melayu Cekak Musang dijahit secara berpesak dan dipadankan dengan sampin yang dipakai di sebelah luar baju.

Dapatkan baju melayu cekak musang Elrah di sini.

2. Baju Melayu Teluk Belanga

Baju Melayu Teluk Belanga biasanya terkenal di Johor. Potongan pada bahagian leher Teluk Belanga ini dijahit secara sulaman samada jahitan tulang belut atau insang pari yang menyerupai jahitan leher pada baju kurung. Leher pada baju Teluk Belanga akan dikancing dengan satu butang yang membawa maksud tersirat, iaitu melambangkan Allah yang Satu. 

Baju ini mempunyai tiga kocek yang melambangkan Iman, Islam dan Ihsan. Sampin pula di pakai di sebelah dalam baju supaya tampil lebih kemas.

Lihat koleksi lain dan dapatkan baju melayu teluk belanga Elrah di sini.

3. Kurta

Elrah Exclusive mengeluarkan kurta tradisional dengan corak klasik bermula harga RM79 sahaja. Material yang digunakan sangat berkualiti tinggi, tidak panas, dan kain yang selesa sesuai untuk cuaca panas. Didatangkan dengan pelbagai warna dan saiz sehingga saiz XXL.

Jom lihat koleksi kurta Elrah Exclusive yang ada dengan pelbagai corak di sini.


Tips Membeli Baju Melayu di Elrah Exclusive

Bagi kaum wanita yang ingin memilih Baju Melayu untuk pasangan atau kaum lelaki dalam keluarga, ini tips yang perlu anda tahu. Kaum lelaki pun boleh cuba tips ini ketika memilih Baju Melayu untuk diri sendiri.

Cutting Baju

Perkara pertama yang perlu diambil kira ketika memilih baju Melayu adalah potongan atau cutting baju tersebut. Pastikan cutting baju yang dibeli tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat untuk nampak lebih kemas.

Jenis Kain

Jenis kain dan material baju juga penting memandangkan cuaca di Malaysia yang panas terutamanya pada waktu tengah hari. Pastikan material yang dipilih tidak terlalu tebal dan tidak pula terlalu nipis. Yang penting mestilah selesa dipakai dan tidak menampakkan peluh. Kain yang sesuai untuk baju melayu adalah cotton linen.

Warna Baju

baju melayu

Pilihlah warna yang lebih natural seperti warna-warna pastel supaya mudah untuk dipadankan dengan samping. Warna baju melayu yang terang agak susah untuk dipadankan dengan samping yang sesuai, dan kemungkinan besar baju Melayu tersebut tidak akan dipakai lagi selepas Raya. Warna paling selamat untuk para lelaki adalah hitam, beige, silver atau grey.

Jika anda taktahu nak pilih warna apa, baca artikel di bawah.

Artikel Berkaitan: Tema Warna Baju Raya 2024

Samping

Samping membuatkan si pemakai baju tradisional ini kelihatan lebih segak dan kemas. Baju Melayu yang dipakai akan tampak lebih berseri apabila anda memakai samping yang berwarna cerah. Kebiasaanya sampin yang selalu di jual di pasaran adalah dari kain songket.


Terdapat pelbagai jenis baju Melayu di pasaran yang telah diubah sedikit moden dan juga ada yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Pilihlah baju Melayu mengikut kesesuaian dan gaya badan anda sama ada jenis Cekak Musang, Teluk Belanga atau baju melayu moden.

Jangan lupa untuk dapatkan baju raya anda bersama Elrah Exclusive. Jika anda ingin lihat lebih banyak koleksi baju Melayu Elrah anda boleh terus ke website kami di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *